Sunday

Profil, Visi, Misi, Objektif




SEJARAH PENUBUHAN
Kolej Komuniti Kota Melaka (KKKM) telah mula ditubuhkan sejak  15 September 2007. KKKM merupakan sebuah institusi pendidikan kerajaan di bawah Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang mula beroperasi di Kolej Komuniti Bukit Beruang (KKBB). Pengambilan pelajar pertama oleh KKKM dibuat pada 15 Januari 2008 melibatkan kursus Sijil Kecantikan dan Dandanan Rambut. KKKM telah berpindah ke kampus tetap di Kompleks Kesidang, Jalan Tun Perak, Bachang, Melaka pada 1 Februari 2008.


VISI
Menjadi pusat perkembangan pendidikan dengan iltizam untuk membina komuniti yang berilmu dan berkemahiran seiring dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

MISI
Meluaskan akses pendidikan, meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kesejahteraan masyarakat melalui program latihan, kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat.

OBJEKTIF
Menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistik dengan :
  • Menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat;
  • Menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat untuk menjadikan komuniti berpengetahuan (k-community);
  • Menganjur dan menyediakan latihan peningkatan kemahiran (up-skilling), latihan pemantapan kemahiran (re-skilling), dan latihan sangkutan (attachment training) untuk keperluan tenaga kerja setempat;
  • Mewujud dan menganjurkan rangkaian strategik dan pakatan strategik dengan komuniti setempat dan pemegang taruh (stakeholder); dan
  • Menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan sistem pembelajaran yang kondusif dan berkualiti.