Sunday

KURSUS SMK

SINOPSIS PROGRAM

1.       Program Kecantikan dan Dandanan Rambut memberi fokus kepada kreativiti dan kemahiran yang diperlukan merangkumi keupayaan membuat diagnosis, memilih dan melakukan rawatan khas kulit muka, rawatan kuku tangan dan kaki, guntingan rambut dan kulit kepala, mewarna, melurus dan mengerinting rambut, persolekan dan terapi badan

2.       Program ini ditawarkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dari sudut pemahaman mengenai daya intelektual dan artistik yang menepati kehendak bidang  persolekan dan dandanan rambut.

3.       Sesi Latihan industri  di salun tempatan juga  bagi pelajar sepenuh masa supaya dapat memantapkan ketrampilan pelajar dalam bidang ini. 


SYARAT KEMASUKAN SIJIL MODULAR KEBANGSAAN

1.       Warganegara Malaysai yang berumur 17 tahun ke atas

2.       Pengambilan kemasukan pelajar akan dibuat 4 kali setahun iaitu pada Januari, April, Julai dan Oktober

3.       Pelajar tidak dibenarkan menukar program semasa dalam tempoh mengikuti program SMK kecuali telah tamat program tersebut

4.       Pelajar juga tidak dibenarkan menukar kolej semasa dalam tempoh mengikuti program SMK kecuali telah tamat program


SIJIL MODULAR KEBANGSAAN

1.       Program latihan kemahiran jangka pendek (3-6 bulan) yang berasaskan proses kerja sebenar yang merangkumi kompetensi teknikal, pengetahuan dan sosial.

2.       Kokurikulum SMK adalah berbentuk Outcome-Based Education dan Competency-Based Education

3.       Mengandungi satu set aktiviti pembelajaran dan latihan @ LnP yang disusun mengikut Arena Pembelajaran @ LA.

4.       SKK pula adalah pakej kepada beberapa SMK yang digabungkan bersama dengan modul wajib


KELEBIHAN PROGRAM SMK

1.       Persijilan SMK Jangka Pendek (minima 3 bulan) berasaskan proses kerja membolehkan pelajar memasuki pasaran kerja dalam masa singkat

2.       Setiap SMK mempunyai sejumlah Jam Kredit yang diiktiraf oleh MQA dan pelajar boleh mengambil mana-mana SMK mengikut keperluan masing-masing

3.       Tiada had masa untuk mengumpulkan SMK

4.       Tiada pra-syarat kemahiran asas untuk mengikuti SMK

5.       SMK boleh diambil di mana-mana Kolej Komuniti mengikut program yang ditawarkan

6.       Pendekatan pembelajaran berasaskan tindakan adalah lebih menarik dan sesuai

7.       Pelajar berpeluang mendapatkan persijilan berganda seperti (Sijil Modular Kebangsaan, Sijil Kolej Komuniti, Sijil Kemahiran Malaysia dan Sijil Professional)

8.       Menyediakan peluang kedua kepada komuniti untuk mendapatkan latihan kemahiran

9.       Konsep Open Entry dan Open Exit memudahkan akses kepada pekerjaan dan peluang pendidikan kepada latihan lebih tingi


PROGRAM DANDANAN RAMBUT

SMK 1-GUNTINGAN RAMBUT
·         Melahirkan pelajar yang berpeluang sebagai penggunting rambut di salun
·         Mempelajari teknik mengunting pelbagai stail rambut wanita seperti guntingan selapis, layered, guntingan U dan V graduation
·         Guntingan rambut lelaki
·         Kaedah melanggan pelanggan
·         Guntingan yang sesuai mengikut bentuk muka

SMK 2-PERAWATAN RAMBUT
·         Memberi pendedahan sebagai juru runding perawatan rambut dan kulit kepala 
·         Mendapat kemahiran manganalisis rambut dan kulit kepala
·         Teknik mencuci rambut
·         Merawat rambut dan kulit kepala serta menjaga rambut

SMK 3-PENGERINTINGAN RAMBUT
·         Memberi kemahiran untuk menjadi penggaya rambut
·         Penekanan kepada jenis kerinting rambut seperti spiral, brick-work, weave perm, double rod, piggy back, root perm, digital perm dan classic perm
·         Diberi latihan untuk menganalisis rambut serta memberi cadangan kepada pelanggan mengikut kesesuaian muka

SMK 4-PEWARNAAN RAMBUT
·         Memberi latihan untuk menjadi penggaya rambut
·         Penerangan dan latihan mengenai teknik mewarnakan rambut antaranya analisis rambut, pelunturan pigmentasi rambut dan penggunaan bahan pewarna rambut melalui konsep yang sesuai

SMK 5-PENGGAYAAN RAMBUT
·         Memberi laluan kerjaya sebagai penggaya rambut samada secara “freelance” atau di salun
·         Mengandungi kemahiran teknik meluruskan rambut sementara, mengikal rambut, mengering rambut, menjalin rambut, menyanggul rambut dan penggunaan rambut palsu

SMK 6-PENGURUSAN SALUN


·         Melahirkan pengurus salun rambut yang mengetahui tentang  kandungan produk
·         Mengandungi kemahiran cara melayan pelanggan, mempertingkatkan imej salun, meningkatkan penjualan produk dan perkhidmatan, membuat analisa rambut mengikut kesesuaian, penitikberatan aspek kebersihan dan keselamatan
·         Penekanan terhadap kepentingan merekod inventori, teknik pemasaran dan kebajikan pekerja