Sunday

Maklumat Kursus Pendek

Kolej Komuniti menawarkan pelbagai kursus jangka pendek yang relevan dengan keperluan masyarakat setempat untuk meningkatkan kualiti hidup. 

KELAYAKAN MASUK
Warganegara Malaysia. Sihat tubuh badan. Boleh menulis serta membaca.

CARA MEMOHON
Melihat Iklan kursus yang ditawarkan di kolej-kolej berkenaan atau mencadangkan kursus yang tidak ada dalam senarai kursus yang ditawarkan melalui perbincangan secara terus dengan pihak pengurusan kolej-kolej berkenaan.

TEMPOH PENGAJIAN
Bergantung kepada modul yang disediakan. Kebiasaannya adalah kurang daripada 6 bulan. 

TEMPAT KURSUS 

Di kolej Komuniti sendiri atau di luar kolej komuniti yang berhampiran dengan komuniti setempat.

WAKTU KURSUS
Waktu pejabat atau di luar waktu pejabat.

KURIKULUM / KANDUNGAN KURSUS
Ditentukan bersama antara pelanggan dan pengurusan kolej komuniti, KPTM atau menggunakan modul kursus jangka pendek yang sedia ada 

SIJIL
Sijil Kehadiran atau Sijil Modul.

YURAN 
Bayaran yuran pendaftaran yang dikenakan untuk seseorang bagi satu-satu kursus adalah antara RM 5.00 hingga RM 20.00 sahaja. Namun bagi pesara, warga emas dan juga orang kurang upaya (OKU) tidak akan dikenakan yuran pendaftaran.

* Dengan kelulusan penubuhan Akaun Amanah di Kolej Komuniti KPTM, yuran kursus yang sesuai dan kompetitif akan diperkenalkan mengikut kemampuan pelanggan dan jenis kursus